Pengembaraan masa ataupun time travel yang dalam bahasa orang putih adalah satu perjalanan yang melangkui masa... Maksudnya seseorang tu boleh pergi ke masa depan atau pun balik ke masa silam... Mengembara masa ni selalunya ada dalam cerita sains fiksyen...
Okeh, berbalik pada tajuk kat atas, sebenarnya aku ada teori aku sendiri pasal mengembara masa ni... Teori aku ialah semua orang kat dunia ni sekarang ni ada pengembara masa... Kenapa aku cakap mcam tu? Haaa... Nanti aku bagitahu teori aku tu....
Aku cakap semua orang adalah pengembara masa kerana sekarang ni semua orang dah gunakan kenderaan untuk pergi ke mana saja... Jadi masa perjalanan tu dah dipendekkan, jadi itu juga merupakan pegembaraan masa... Tapi ianya hanyalah pengembaraan satu hala, boleh pergi tapi tak boleh patah balik...
Macam dalam cerita2 kat tv, mengembara masa ni untuk pergi ke masa depan tu dengan lebih cepat... Jadi dengan guna kenderaan, masa sampai tu jadi lagi awal... Perjalanan masa yang sebenar adalah dengan berjalan kaki ke sesuatu tempat...
Dengan berjalan kaki dah semestinya ambik masa yang lama, misalnya ambik masa beberapa jam... Itulah masa yang sebenar... Jadi dengan guna kenderaan masa tu dapat 'dilipat' jadi hanya sejam atau kurang lagi... Jadi hampir semua orang sekarang ni adalah pengembara masa kerana dah rmai yg guna kenderaan untuk kemana saja...
Itulah teori aku pasal pengembaraan masa ni... (teori yang mengarut... hahaha...)
Have a nice day~


No comments:
Post a Comment