Sunday, September 22, 2013

Jumpa Sekali Lagi...

Assalamualaikum....

Dah 4 5 hari aku xupdate blog ni, sebabnya aku diserang sakit kaki sekali lagi... Jadi mood untuk berkarang tu xda la wat masa tu...

Sekarang ni kaki dah ok la sikit, tp masih lagi rasa lenguh yang teramat sangat, masih lgi blum brada di tahap selesa... Walaupun begitu, aku tetap juga pergi ke kelas... Kelasa tetap kena pegi...

Berbalik pada tajuk kat atas tu... Ianya ada kena mengena dengan aku pergi kelas... Kelas pagi tadi adalah mass lecture... Maksudnya gabung semua kelas yang ada... Dalam kelas tadi, ada la sorang yang rupa dia sama dengan my very best friend yang amat aku rindui...

Orang yang amat aku rindu tu, aku panggila dia "Putri"... dan aku plak dipanggil "Putra"... Semalam masa tengah chatting dengan dia mcam mana la aku bleh trtido plak... Dah la smalam bru dpat chat dengan dia slepas lama xdpat...

Haaa... berbalik pada si dia yang dalam kelas tadi... Kalau nak dikatakan kembar pun boleh la kut... Tapi kalau adik beradik lagi la masuk... Masa tengok kat dia tadi tup terpandang kat muka dia... (Tapi dia xtengok pun aku)... 

Masa terpandang muka dia tadi, ada nampak satu tahi lalat kat pipi dia... Sama mcam Putri, ada gak tahi lalat kat pipi... Tapi dia kat pipi btul2, Putri lak dekat2 dengan bibir... Sememangnya dia sama la dengan Putri...

Kalau berbeza pun hanya 20% kut berbeza, kalau sekali tengok memang sama... Kalau la bleh berkenalan dengan dia.... Adakah dia sama dengan perangai dengan Putri ye... Kalau la sama perangai mungkin bleh berkenalan dengan dia...

Tapi jangan risau Putri... dia tak akan  dapat gantikan awak... Walaupun dia hampir seiras dengan awak, tapi dah pastinya akan berbeza jauh dengan awak... Awak lah satu2nya kat atas dunia ni Putri saya, walaupun kita tak akan ditakdirkan bersama tapi awak akan tetap dalam hati saya...

Kalau la aku dapat pergi ke sana, ke tempat Putri... Mesti akan dapat tengok dia, biarlah walaupun hanya tengok dari jauh, itu dah cukup untuk membuatkan aku tersenyum, kerana dia dapat hidup bahagia... Sememangnya aku amat berharap akan sampai ke negeri dia atau ke tempat dia belajar semata2 nak tengok dia lagi... Insya Allah akan aku dapat nanti... Amin...

Mungkin awak akan baca jugak yang ni Putri... ^_^ TQ awak...

No comments:

Post a Comment