Kali ni aku nak ceritakan mengenai keinginan dan harapan aku... Maksudnya apa yang aku nak dah berharap sangat dapat.... Jadi apekah ianya tu???
Okeh, yang pertama sekali aku berharap sangat nanti aku akan dapat miliki sebuah motosikal yang agak berkuasa tinggi... Sekarang ni yang aku nak adalah moto Kawasaki Z250... Moto ni bru je dilancarkan kat Malaysia ni, baru bulan ni (September 2013, klau xsilap la...)
Haaa.. ni la gambar Kawasaki Z250 tu... Sebab aku nak pilih moto ni sebab kuasa dia tak lah tinggi sangat... Sekarang ni aku guna moto Yamaha 135LC je... Jadi nak upkan CC tu kena la sikit2 tak boleh la trus ke CC tinggi, nanti pyah nak kawal moto...
Pada asalnya aku nakkan moto Kawasaki Z800... Gambar Z800 ni ada kat belah atas kanan blog ni... Tapi yang Z800 ni teramat la jauh lagi aku nak dapat atas faktor harga dia yang mahal.... Bagi aku yang xkaya ni memang mahal la harga Z800 tu... Harga dia dalam RM53000... Tu sebab dia pasang kat Malaysia, jadi la harga tu, klau psang luar ngara lagi mhal harga tu...
Okeh, berbalik pada Z250 tu yang aku idamkan ni.... Harga dia dalam RM23000 gitu, jadi boleh dikatakan harga mampu milik jugak la... CC dia pun boleh dikirakan kecik jugak la, sesuai untuk aku ni yang pengguna 135LC ni nak berjinak2 dengan dunia big bike pula... Tapi ntah bila aku akan dapat yang ni... Nak mintak mak aku belikan tu memang tak la, mau berlori2 membebel... Hahaha
Apa yang aku rancang, bila aku dah dapat kerja nanti, aku memang akan sambar la sebijik Z250 ni.... Mesti aku sambar punyalah... Sebab tu la sekarang ni aku berharap sangat aku akan dapat kerja... Kalau dapat kerja, gaji pun ok, maka aku akan pergi kerja...
Kalau aku pegi kerja, maka terpaksalah aku ucakan selamat tinggal pada kawan2 skelas aku sekarang ni.... Memang berharap sangat akan dapat kerja dalam masa terdekat ni....
Back to the point!!! Bila aku dapat Z250 nanti, aku nak pergi mengembara, nak pergi ke tempat2 yang indah pemandangannya... Nak tenangkan fikirang... Enjoy the ride... Aku ni jenis sukakan jalan raya, xkira la apa jenis jalan... Perasaan semasa riding tu tak akan dapat digambarkan, hanya rider je akan tahu macam mana rsanya...
Bila riding, santai sambil riding, akan dapat tengok banyak pemandangan yang menarik, sebagai contoh, aku suka tengok pemandangan sawah padi yang sejauh mata memandang.... Memang akan rasa tenang la bila ride masa tengok pemandangan yang macam ni.... Aku juga berharap akan dapat pergi ke kampung aku, sebab kampung aku tu pun ada pemangandangan sawah padi...
Aku akan teruskan perjalanan aku sehingga la sampai ke destinasi yang aku dah sangat pergi... Iaitu pantai... Yeee pantai... Aku amat sukakan pantai, dengan pemandangan dia yang luas, cantik dan sememangnya akan menenangkan fikiran....
Bila sampai kat pantai, turun moto, dan berdiri melihat keindahan alam yang dicipta oleh Allah... Dengan angin yang nyaman, udara yang segar... Pasti akan buatkan aku rasa teramat tenang nanti.... Insya Allah aku akan berpeluang merasai semua ni suati hari nanti...
Selain daripada ride pergi ke pantai, aku juga suka untuk ride ke mana2 tempat yang menarik... Aku juga akan follow RLCK ke puncak titiwangsa nanti... Pasti akan follow...
Dunia permotoran adalah dunia aku... ^__^












